Thursday, December 8, 2011

kesibukan unimap

assalamualaikum....
huih,,lme btol x post kt blog,,sjk ber'unimap ni,,ssh gle nk dpt chance on9 mcm dlu2...
gan kls lg,,exam yg da nk dkt plak ni,,gan palapes nye lg....
kehidupan yg sgt memenatkan....
tp,,nk wt cmne,,ni lah university...
xd bnde yg snang yg dtg dgn sndri nya...
pngorbanan 2 pnting,,hehe...
skrang ni gah tgu kol 8.30,,kmi akn ke bkti siswa...
jd ank angkat doe,,haha...
dstnasi ak,kampung gial selatan,,kt perlis...
ad spe2 tw kmpg 2 kt mne??
ak search kt google map,,x jmpe pon,,haha...
ok lah,,smpy sni jla dlu...
bye
assalamualaikum
thanx mmbca nye.. :)

Wednesday, August 3, 2011

whateverLAH cikgu dgn mUrID-muRID nYe :)



Murid : Selamat pagi, cikgu.

> Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak

doakan saya tak selamat?

> Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

> Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat

sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa
dan keadaan.

> Murid : Selamat sejahtera cikgu!

> Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji

kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu,
faham?

- Hide quoted text –
- Show quoted text –

> Murid : Faham, cikgu!

> Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

> Murid : (senyap)

> Cikgu : Pandai!

> Murid : Bodoh!

> Cikgu : Tinggi!

> Murid : Rendah!

> Cikgu : Jauh!

> Murid : Dekat!

> Cikgu : Keadilan!

> Murid : UMNO!

> Cikgu : Salah!

> Murid : Betul!

> Cikgu : Bodoh!

> Murid : Pandai!

> Cikgu : Bukan!

> Murid : Ya!

> Cikgu : Oh Tuhan!

> Murid : Oh Hamba!

> Cikgu : Dengar ini!

> Murid : Dengar itu!

> Cikgu : Diam!

> Murid : Bising!

> Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

> Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

> Cikgu : Mati aku!

> Murid : Hidup kami!

> Cikgu : Rotan baru tau!

> Murid : Akar lama tak tau!

> Cikgu : Malas aku ajar kamu!

> Murid : Rajin kami belajar cikgu!

> Cikgu : Kamu gila!

> Murid : Kami siuman!

> Cikgu : Cukup! Cukup!

> Murid : Kurang! Kurang!

> Cikgu : Sudah! Sudah!

> Murid : Belum! Belum!

> Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

> Murid : Sebab saya seorang pandai!

> Cikgu : Oh! Melawan!

> Murid : Oh! Mengalah!

> Cikgu : Kurang ajar!

> Murid : Cukup ajar!

> Cikgu : Habis aku!

> Murid : Kekal kami!

> Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

> Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

> Cikgu : Sudah, bodoh!

> Murid : Belum, pandai!

> Cikgu : Berdiri!

> Murid : Duduk!

> Cikgu : Saya kata UMNO salah!

> Murid : Kami dengar KeADILan betul!

> Cikgu : Bangang kamu ni!

> Murid : Cerdik kami tu!

> Cikgu : Rosak!

> Murid : Baik!

> Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

> Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

> Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

moral of the story,,xd moral pye story.. :)

Friday, July 29, 2011

apa cerita rm50 dgn rm1 ni???

Lima puluh ringgit dan satu ringgit berkawan baik. Selepas habis universiti, mereka dah jarang jumpa. Sehingga satu hari diorang terserempak dekat Uya Distro. Kan dah nak raya, kena tempah jahit baju rayalah kat Uya Distro ye dak?

"Eh satu ringgit! Lama siot tak jumpa kau!! Kau apa khabar?", tanya lima puluh ringgit dengan muka berseri-seri macam baru pekena hadiah loteri.

"Ya Tuhan, lima puluh ringgit! Series aku tak perasan kau, dah makin berisi kau ha!", jawab satu ringgit sambil memeluk kawan lamanya itu.

Lalu mereka pun ambil port, duduk di atas kerusi, letak kunci atas meja, order air dan berborak-borak panjang. Sambil ketawa. Bercerita tentang rakan-rakan lain seperti sepuluh ringgit yang di khabarkan sudah berkahwin dan menjadi penjaga tiket wayang.

"Eh, lima ringgit apa cerita ha?", tanya lima puluh ringgit kepada satu ringgit.

"Dia? Oh, last aku dengar. Dia dah jadi taukeh kedai. Kedai 'semua barang lima ringgit'. Hahaha".

Berdekah-dekah mereka berdua ketawa. Dah macam orang Penang. Buat riuh kawasan orang. Lantak apa lah orang nak cakap. Kawan lama, lama tak jumpa. Gembira. Teruja.

"Kau sekarang buat apa je lima puluh ringgit? Makin stylo kau sekarang. Kata duduk KL, kau kemana je?"

"Haha, gua macam gini je lah. Smart bergaya. Gua sekarang kalau nak kemana-mana, lu cari gua kat bar, pub atau disko ternama kat KL ni setiap hujung minggu. Sebut nama gua, semua orang kenal. Biasalah, masuk Zouk sekarang kan dah RM50 beserta dengan one free beer ye dak?", jawab lima puluh ringgit sambil mengeluarkan Iphone nya.

"Wow wow wow! Lu memang style! Patutlah kaya", puji satu ringgit.

"Lu plak satu ringgit, kemana je lu selama ini? Heh", kata lima puluh ringgit dengan sinis


"Haha, gua? Macam biasa. Ke surau, tak pun ke masjid. Paling tidak pun teman orang mintak sedekah. Kan sekarang banyak orang menderma ye dak?", jawab satu ringgit dengan istiqamah dan tawaduk.


................

*suasana sepi sebentar macam ada malaikat lalu



Lalu, lima puluh menggelengkan kepala, menundukkan muka dan berkata dalam hati.

"Apalah ke bangang aku tanya soalan tu? Cis cis cis!"


Tamat.



p/s : Kan bagus kalau lima puluh ringgit dan satu ringgit bertukar tempat kehidupan ye dak? Kehkehkeh.

Monday, July 25, 2011

surat seorang ayah kpd BF anaknya

Kepada Bf anak aku,

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian,
Yg ditakuti,
Bapak Kepada Gf ko.

Friday, July 22, 2011

tak nak chatbox facebook yang baru ni???try ni...

Tak suke gan chatbox facebook yg baru ni ?? yeah of coz ! Tak taw ape kene dengan otak mark zuckerberg yang konon nak improve sistem facebook tapi nampaknya 200% failed..Kebanyakan dari kite memang nak sangat sistem lame kan,so just try this..It is worth trying ..bukan rugi ape pon kann

Mozilla Firefox users: First install this add-on followed by installing this script to get back your old Facebook chat. Just give your browser a fast restart after installing the script.
Chrome users: You don’t need an add-on. Just install this script and restart your browser to view changes.
Didn’t get it? Take this! You can also try using this link to use Facebook’s popout chat.

source : geohot

try la...
ak try dah,,n mnjadi... :)

Thursday, July 21, 2011

Nilai Cinta Mu

by Sudirman

Pernah dulu kufikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi kurasakan
Sunyinya dihati
Baru kini kutahu
Nilai cintamu

Kurenungi gambarmu
Kubaca surat surat mu
Namun pedihnya kuterasa
Tanpa kau bersama
Kuharap dikau pun
Begitu jua

( korus )
Kini aku mengerti
Hanya engkau pelita hati
Semua yang kau korbankan
Hanyalah untukku
Akan tetapku kenang
Kasihmu terhadap diriku
Janji untuk bersama
Sehidup dan semati

Andainya kau kembali
Kan ku curahkan rasa hati
Akan aku buktikan
Cintaku yang suci
Berikan ku harapan
Untuk bersamamu semula
Akan aku buktikan
Nilai cintaku...

Sunday, July 10, 2011

Segalanya Kuterima

Artist: Ilusi

Aku yang kehilangan
Dalam diri sendiri
Terkurung dalam bayanganmu

Gelak ketawa engkau
Bagai bertahun dulu
Menyeretku ke syurga kita

Itu mimpi yang terkenang
Membuat aku terbuang
Tika memapah semangat
Yang masih ada

Cerita silam ini
Menjadi racun bisa
Dan kini aku pun melara

Terlemas di dataran
Dilambung ombak hidup
Pun aku masih menantimu

Akan tersingkapkah cinta
Yang telah sekian lama
Kita dodoikan bersama
Di mimpi ngeri

Biarpun masih tergagah
Menjulang cinta yang patah
Sebenarnya aku kesepian
Dan aku masih cinta

Diri ini penuh luka
Yang tidak akan tertutup
Meskipun ada pengganti
Seiras wajah

Monday, May 9, 2011

Saturday, March 12, 2011

SABTU 12/3/2011

Sabtu 12/3/11
Assalamualaikum… this is my 1st time menggunakan perkhidmatan bas untuk pulang ke Perak trip 0900 Jengka Liner dari Jengka ke Ipoh… waktu bas bergerak shj sudah ckup mnyakitkan hati… ptut tak bas yg sptutnya brgrak pd jam 0900 tp bertolak jam 0935… tp bkn ttg bas yg ingin hamba ingin ceritakan…

sesampai di Jerantut, bas mengambil penumpang dan antara penumpang tersebut terdiri drpda cina dan melayu… tidur yg terganggu hamba gantikan dgan aktiviti memerhati behave, attitude and apa-apa shj yg boleh di`observe`kn… msuk shja bas,,kanak2 cina nmpak nya seperti nakal, kanak2 melayu pula npk sopan… tidak sampai seminit dlm bas, kanak2 melayu Nampak nya sudah ‘ngam’.. wah,mana tidak nye, suasana yg sedari td sunyi, gamat dgn jritan mreka.. dgn permainan pistol d tgn, leka bermain sambil menjerit… sgt berbeza dgn kanak2 cina… yg td nya agak nakal, brubah mnjadi diam.. malah, apa yg mengagumkan hamba, mereka membuka buku! Si emak membaca akhbar, si anak mula menulis… apa yg ditulis oleh kanak2 cina tersebut tidak lah pula sy tahu… sgt berbeza…



jlan yg agak sesak di ibu kota tidak dinafikan memang melambatkan perjalanan… bas tiba di Tg Malim pd jam 1515… tetapi, bkn itu yg hendak hamba ceritakan… Dua seats bersebelahan seat hamba yg td nya diduduki oleh seorang wanita melayu bertudung, kini telah bertukar view… amat menyakitkan mata hamba apabila melihat sepasang kekasih Melayu bermesra-mesra tanpa rasa malu kpd penumpang lain… alngkah terkejut nya hamba apabila balik dr tandas, lelaki itu tnpa segan silu, mendekatkan mukanya kepada muka wanita psgan nya itu… dimanakah perasaan malu mereka? “kalu tak kt org, kurang2 pun kt Tuhan”… saat hamba menulis artkel ni, pasangan itu sedang lagi bermesra-mesra, bermanja-manja… even if mereka tu married couple pun, berpada-pada lah… jaga lah adab kita di tempat awam… dgan dilihat oleh kanak2 lingkungan umur 3-5 thn, perkara seperti ini mmg tidak patut berlaku… hal ini akan memberikan impak kpd pemikiran kanak2 itu sendiri… mereka umpama kain putih, kita ygt mencorakkannya… jika mereka dipertontonkan dgan perkara tidak bermoral kakak2 dan abang2 mereka,pembaca rasa,warna apakah dan corak apakan yang telah dilakar pada kain putih yang suci ini? jangan lah menjatuhkan maruah Melayu dan yg paling penting Islam… Islam hanya pada nama…
selain itu, sjak dr temerloh, perjalanan hamba ditemani seorang bapa beranak dua berbini satu yang tgal dan bekerja di temerloh, tetapi isteri dan anak nya tgal di taiping, perak… beliau adalah seorang yang peramah, baik dan perwatakan nya as a simple n easy go guy membuat kan hamba boleh berkomunikasi dgannya dgan baik…
perjalanan hamba tamat di plaza tol simpang pulai pada 1727… tidak sperti sllu, kli ni hamba bwat klainan… medan gopeng kli init rasa jauh bg hamba… jd, sbg kesimpulannya, mencuba sesuatu yang luar drpda kbiasaan kadangkala menyakitkan tetapi, ia adalah kenangan dan teladan yang berharga dlm diri kita… penglaman adalah guru kita yang paling setia… assalamualaikum…
p/s: gbar yang di publish di sini adlah gbar yang hamba tgkap sndri, gbar benar yang berlaku hari ini, bukan bohong atau auta...